Saturday 30 November 2013

HARI KECEMERLANGAN 2013

Hari Kecemerlangan Tadika NurBudi telah diadakan pada 17.11.13 yang lepas di Dewan MPSJ Puchong Indah. Majlis bermula jam 9 pg dan berakhir jam 11pagi. Penglibatan pelajar KFCH yang mengambil jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak telah memeriahkan lagi majlis. Majlis diserikan dengan drama muzikal, nyanyian lagu dan pelbagai acara lagi. Ibu bapa juga tidak ketinggalan mengambil gambar anak mereka yang sudah convo. Terima kasih kepada guru 2 yang terlibat terutamanya Cikgu Ina dan Pn Ju yang bertungkus lumus memastikan program berjalan dengan lancar.