TUISYEN

BismillahiromaniRahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

" Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu Pendengaran, Penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur."
(Surah Al Mukminun :78)

Di Tadika Nur Budi, Insyaallah kami mengadakan kelas tuisyen membaca Bahasa Melayu. Tujuannya supaya kanak2 dapat mensyukuri nikmat deria yang Allah beri. Semoga Allah suka dalam usaha mendidik anak kecil mengenalNya.

Kelas Tuisyen Bacaan Bahasa Melayu

Sistem Lancar Baca Cahayaku
Sistem Bacaan Cahayaku adalah merupakan satu teknik yang telah terbukti mampu dikuasai oleh kanak kanak seawal usia 3 tahun. Teknik yang menggunakan mimik muka dan melibatkan posisi gigi, bibir dan lidah dalam menerbitkan bunyi sungguh mudah, pantas, berkesan dan menyeronokkan. Pasti anak anda menyukai kaedah bacaan ini yang begitu santai dan tidak membebankan kerana kaedah ini tidak memerlukan kanak kanak menghafal huruf huruf dan sukukata sukukata untuk membolehkan mereka membaca dengan lancar. Sistem ini juga telah membantu beribu ribu kanak kanak yang buta huruf diseluruh negara.

Ø       Berkesan terhadap semua golongan kanak kanak terutamanya yang menghadapi masalah buta huruf.
Ø       Menghapuskan pelat dan loghat serta menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu baku.
Ø       Mengambil masa yang singkat dari 1 hingga 6 bulan.
Ø       Tidak membebankan dan membosankan pelajar semasa belajar.
Ø       Membentuk minat membaca dikalangan pelajar.
Ø       Membaca terus dan lancar tanpa mengeja.
Ø       Pembelajaran secara individu dalam kumpulan kecil.
Ø       Membuka peluang pelajar mengusai kemahiran membaca mengikut keupayaan masing masing.  

No comments:

Post a Comment