KURIKULUM (KSPK) & QURAN THEMATIC

KSPK adalah asas sebelum di tadika / prasekolah sebelum kanak-kanak menyambung persekolah di Sekolah Rendah Kebangsaaan (KBSR).
KSPK menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

MODUL ASAS
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Pendidikan Islam
4. Matematik
5. Permainan Luar

MODUL BERTEMA
Menyepadukan kesemua tunjang dalam KSPK termasuk bahasa, pendidikan moral dan matematik.

TUNJANG DALAM KSPK
1. KOMUNIKASI
Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan tamil.

2. KEROHANIAN, SIKAP & NILAI
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.

3. KEMANUSIAAN
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara & global.
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

4. KETERAMPILAN DIRI
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

5. FIZIKAL & ESTETIKA
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri.
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresasi.

6. SAINS & TEKNOLOGI
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik.
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik.
Pengusaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.

No comments:

Post a Comment