PROGRAM CAHAYAKU

TADIKA NUR BUDI menggunakan teknik Cahayaku.Cahayaku adalah teknik pembelajaran Bahasa melayu dengan lebih pantas dan sempurna dari cara yang biasa. Ia adalah hasil ciptaan seorang guru, Chahaya Abdul Manan, bagi mengajar kanak-kanak istimewa khususnya (lembam, autistik) dan kanak-kanak biasa amnya. 
Sistem Cahayaku menggunakan mimik muka yang melibatkan posisi gig, bibir dan lidah serta membunyikan perkataan berdasarkan susunan perbuatan (mimik).Sistem ini juga menggunakan kaedah secara bermain dalam proses pembelajaran. tempoh pembelajaran Bahasa Melayu dipendekkan ke 1 hingga 6 bulan, berbanding dengan sistem biasayang membaca dan menyebut Bahasa Melayu baku dengan sempurna, ini jelas membuktikan keberkesanan sistem Cahayaku.

No comments:

Post a Comment