Friday 19 December 2014

TUISYEN (SISTEM BACAAN CAHAYAKU)

CAHAYAKU

Kelas Intensif Bacaan Bahasa Melayu
    - Sistem Lancar Baca Cahayaku
Sistem Bacaan Cahayaku adalah merupakan satu teknik yang telah terbukti mampu dikuasai oleh kanak kanak seawal usia 3 tahun. Teknik yang menggunakan mimik muka dan melibatkan posisi gigi, bibir dan lidah dalam menerbitkan bunyi sungguh mudah, pantas, berkesan dan menyeronokkan. Pasti anak anda menyukai kaedah bacaan ini yang begitu santai dan tidak membebankan kerana kaedah ini tidak memerlukan kanak kanak menghafal huruf huruf dan sukukata sukukata untuk membolehkan mereka membaca dengan lancar. Sistem ini juga telah membantu beribu ribu kanak kanak yang buta huruf diseluruh negara.
Ø       Berkesan terhadap semua golongan kanak kanak terutamanya yang menghadapi masalah buta huruf.
Ø       Menghapuskan pelat dan loghat serta menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu baku.
Ø       Mengambil masa yang singkat dari 1 hingga 6 bulan.
Ø       Tidak membebankan dan membosankan pelajar semasa belajar.
Ø       Membentuk minat membaca dikalangan pelajar.
Ø       Membaca terus dan lancar tanpa mengeja.
Ø       Pembelajaran secara individu dalam kumpulan kecil.
Ø       Membuka peluang pelajar mengusai kemahiran membaca mengikut keupayaan masing masing. 


KAEDAH
Kaedah ini tidak memerlukan kanak-kanak mengenal huruf A-Z sepertimana lazimnya yang di pelajari di sekolah. Mereka juga tidak dimestikan untuk menghafal sukukata sukukata asas seperti ba – bi – bo – bu – be . PELIK TAPI BENAR!!!
Melalui kaedah ini kanak-kanak akan di bimbing untuk membunyikan setiap vokal dan konsonan melalui pembentukan bentuk mulut serta perletakan posisi posisi lidah yang betul bagi setiap vokal dan konsonan. 
Seterusnya mereka akan dilatih untuk meletuskan bunyi dengan mudah dan tepat.
Kaedah ini langsung tidak membebankan pelajar kerana tidak berlaku hafalan sukukata sukukata bagi dicantumkan untuk menjadi perkataan.
Pada kebiasaannya kanak-kanak mengambil masa antara 4 – 6 bulan untuk menguasai keseluruhan kemahiran membaca sehingga boleh membaca buku cerita dan artikel dengan lancar tanpa bimbingan guru mahupun ibu bapa.
Teknik ini telah mendapat pujian dan disenaraikan sebagai khazanah ilmuan ke arah meningkatkan mutu pendidikan negara oleh Pusat Pendidikan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga diistilahkan juga sebagai pembelajaran bersantai dengan jalinan IQ dan EQ oleh Pn. Akidah Abu Hassan ( Pengurus Projek Penerbitan Buku Prasekolah DBP) - Petikan Ucapan Beliau April, 1999.


SIAPA YANG PATUT MENYERTAI PROGRAM BACAAN KAMI?
1. Semua kanak-kanak seawal usia 4 tahun ke atas.
2. Pelajar tadika yang akan memasuki Tahun 1.
3. Semua pelajar sekolah rendah yang menghadapi kesukaran dan kesulitan untuk membaca dengan lancar.
4. Pelajar yang berada di kelas PEMULIHAN KHAS di sekolah rendah.

BAGAIMANA PROGRAM BACAAN DI JALANKAN?
Kelas dijalankan 2 kali seminggu dan 4 kali seminggu.
Setiap sessi pelajaran akan mengambil masa 1 jam 30 minit.
Satu kumpulan seramai 8 – 9 orang pelajar akan dikendalikan oleh seorang guru.
Pengajaran akan dijalankan secara INDIVIDU sepenuhnya.
Setiap pelajar akan belajar mengikut kemampuan masing-masing. 

SEMUA KANAK-KANAK MAMPU MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA DENGAN LANCAR ASALKAN IBUBAPA SABAR MENGIKUTI PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK.!!!

Saturday 29 November 2014

RUKUN NEGARA


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak 
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan 
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN


REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH SWASTA


Seseorang guru dalam satu sekolah hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnys tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian sukatan pelajaran yg diluluskan dan pemeriksaan perlu dijalankan oleh ketua pendaftar.

Justeru itu, jika guru tidak akur kepada pekeliling ini, maka boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Sumber:Jabatan Pendidikan Selangor


The latest event: HARI KECEMERLANGAN TADIKA NUR BUDI pada 23.11.14










Wednesday 17 September 2014

BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA-JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

KELAYAKAN MURID

  • warganegara Malaysia berumur 4+ tahun dan 5+ tahun.
  • Belajar di prasekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Nama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
KRITERIA KELAYAKAN
  • Kelayakan bantuan yuran adalah berdasarkan pendapatan perkapita isi rumah.
  • Nilai maksimum bantuan yuran berdasarkan pendapatan perkapita adalah seperti jadual di bawah:

Murid
Pendapatan Perkapita Sebulan
Maksimum Perkapita Sebulan
< RM 300
RM 150
< RM 400
RM 112.50
< RM 500
RM 75
> RM 500
Tidak layak

  • Nilai bantuan yuran yang diberikan adalah berdasarkan kepada yuran sebenar tetapi tidak melebihi nilai maksimum yang ditetapkan.
  • Jika bantuan yuran yang layak adalah dibawah kadar yuran sebenar, maka perbezaan adalah di bawah tanggungan ibu bapa.
KELAYAKAN INSTITUSI
  • Berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Perakuan pendaftaran belum tamat tempoh.
  • Telah melengkapkan maklumat dalam SMPK.
  • mempunyai akaun semasa yang aktif atas nama institusi.
TEMPOH BANTUAN
  • Bantuan yuran adalah dibayar sebagai one-off bagi tempoh pengajian dari Januari-Oktober (10 bulan) dalam tahun semasa.
TARIKH TUTUP
  • Tarikh akhir pengusaha menyerahkan borang pemohonan kepada penyelia/ Pengawal Unit Pendidikan Swasta di PPD ialah pada 1 Mac tahun semasa.
CARA MEMOHON
Pemohon (Ibu bapa)
  • Mengisi  Borang Y1 dengan lengkap.(http://apps2.moe.gov.my/yuran)
  • Mengemukakan salinan slip gaji/penyata pendapatan/Borang J ibubapa.
  • Mendapatkan pengesahan daripada Majikan/ Ketua Kampung/ JKKKP/ Pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
  • Menghantar Borang Y1 kepada prasekolah masing-masing.
Sumber:
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
No Tel; 03-55186500
www.moe.gov.my/jpnselangor

Sunday 7 September 2014

PENDAFTARAN 2015 KINI DI BUKA!!


PENDAFTARAN PELAJAR BAGI TAHUN 2015

Merujuk kepada perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Tadika Nur Budi dengan berbesar hati membuka dan mengalu-alukan pihak tuan puan bagi pendaftaran anak-anak tahun 2015 di tadika kami.

Kami sentiasa berusaha gigih bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pembelajaran di Tadika Nur Budi untuk memenuhi permintaan serta keperluan daripada pihak tuan puan. Oleh yang demikian kerjasama daripada pihak tuan puan adalah amat kami hargai.

Tempat pembelajaran kami adalah terhad, bagi mengelakkan sebarang kesulitan kami memohon agar pihak tuan puan dapat mendaftarkan anak-anak anda dengan kadar yang segera. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30.09.2014.

Segala kerjasama daripada pihak tuan puan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

`Anak Anda Keutamaan Kami’

Yang benar,

Nora Sufian

Pengusaha Tadika Nur Budi
Tel: 016-212 0753/016-211 0753