- warganegara Malaysia berumur 4+ tahun dan 5+ tahun.
- Belajar di prasekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Nama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
KRITERIA KELAYAKAN
- Kelayakan bantuan yuran adalah berdasarkan pendapatan perkapita isi rumah.
- Nilai maksimum bantuan yuran berdasarkan pendapatan perkapita adalah seperti jadual di bawah:
Murid
|
|
Pendapatan Perkapita Sebulan
|
Maksimum Perkapita Sebulan
|
< RM 300
|
RM 150
|
< RM 400
|
RM 112.50
|
< RM 500
|
RM 75
|
> RM 500
|
Tidak layak
|
- Nilai bantuan yuran yang diberikan adalah berdasarkan kepada yuran sebenar tetapi tidak melebihi nilai maksimum yang ditetapkan.
- Jika bantuan yuran yang layak adalah dibawah kadar yuran sebenar, maka perbezaan adalah di bawah tanggungan ibu bapa.
KELAYAKAN INSTITUSI
- Berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Perakuan pendaftaran belum tamat tempoh.
- Telah melengkapkan maklumat dalam SMPK.
- mempunyai akaun semasa yang aktif atas nama institusi.
TEMPOH BANTUAN
- Bantuan yuran adalah dibayar sebagai one-off bagi tempoh pengajian dari Januari-Oktober (10 bulan) dalam tahun semasa.
TARIKH TUTUP
- Tarikh akhir pengusaha menyerahkan borang pemohonan kepada penyelia/ Pengawal Unit Pendidikan Swasta di PPD ialah pada 1 Mac tahun semasa.
CARA MEMOHON
Pemohon (Ibu bapa)
- Mengisi Borang Y1 dengan lengkap.(http://apps2.moe.gov.my/yuran)
- Mengemukakan salinan slip gaji/penyata pendapatan/Borang J ibubapa.
- Mendapatkan pengesahan daripada Majikan/ Ketua Kampung/ JKKKP/ Pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
- Menghantar Borang Y1 kepada prasekolah masing-masing.
Sumber:
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
No Tel; 03-55186500
www.moe.gov.my/jpnselangor