Monday 22 June 2015

JUN 2015 BIRTHDAY CELEBRATION




BIRTHDAY CELEBRATION..

Ada kanak-kanak yang sukar nak ke sekolah terutama di prasekolah/tadika. Bermacam umpan yang digunkan untuk memastikan kanak2 ke sekolah. Salah satu teknik yang boleh digunakan oleh penjaga adalah memujuk kanak2 dengan berkata " Di sekolah nanti nak sambut birthday" . Kanak-kanak memang suka dengan celebration atau outdoor activity. Cubalah beritahu mereka yang " cepat siap, kita nak pi kenduri/ balik kampung".. Dengan pantas mereka akan bersiap2 dan bertanya dengan teruja pelbagai soalan tentang aktiviti tersebut.

www.nurbudi.edu.my
Fb: Tadika NUR BUDI

Thursday 4 June 2015

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) di ANCASA RESIDENCE, PD 3-7 JUN 2015

MATLAMAT:
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yg menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

PRINSIP
1. Perkembangan holistik
2. Pembelajaran yang bermakna
3. Pembelajaran yang menyeronokkan
4. Kemahiran asas untuk pembelajaran seumur hidup.