Thursday 16 March 2017

BAIK KEPADA IBU BAPA




BismillahiromaniRahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Surah Al Isra: 23)

  • Allah memerintahkan supaya manusia hanya menyembah Allah.
  • Sebagai hamba,kita perlu berbuat baik kepada ibubapa.
  • Sebagai anak, kita tidak boleh  menengking ibubapa.
  • Kita perlu berkata perkataan yang sopan kepada ibubapa.

SOLAT SUNAT DHUHA



"Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh; sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
(Surah Al Isra: 78)

Alhamdulilah, di Tadika Nur Budi, anak2 diajar untuk solat sunat Dhuha setiap hari. Di dalam setiap rakaat anak2 akan belajar pelbagai hafazan surah yang simple dahulu seperti Surah An Nas, Al Ikhlas, Al Falaq. Selain itu, solat sunat ini merangsang pembetulan bacaan 2 di dalam solat. Anak2 lebih berdisiplin dan fokus apabila berada di dalam kelas. Subhanaallah..
Semoga Allah suka dalam usaha mendidik anak kecil mengenalNya.

DOA PENYELAMAT DUGAAN




BismillahiromaniRahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

Dan pohonkanlah (Wahai Muhammad, dengan berdoa):"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.
(Surah Al-Isra':  80)

Allah mempunyai kekuasaan yang dapat menolong manusia.
Sebagai hamba,kita perlu berdoa supaya dimasukkan dan dikeluarkan dengan mulia dalam urusan agama.
Kita  mestilah sentiasa berdoa kepada Allah supaya dimasukkan dan dikeluarkan dengan cara mulia dalam urusan agama.
Kita tidak boleh meminta pertolongan selain Allah.

Thursday 2 March 2017

DOA BELAJAR



SUBHANALLAH

BismillahiromaniRahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulilah, menjadi kelaziman kepada anak2 membaca DOA BELAJAR setiap hari di tadika sepertimana Nabi Musa a.s memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Firaun yang terkenal sebagai seorang raja yang kejam.

Dia (Musa) berkata,  " Ya Tuhanku, Lapangkanlah dadaku. Dan Mudahkanlah untukku urusan ini. Dan Lepaskanlah kekakuan daripada lidahku. Agar mereka mengerti perkataanku."
(Surah Thoha : ayat 25-29

Semoga Allah suka dalam usaha mendidik anak kecil mengenalNya.