Sunday 20 August 2017

PENDAFTARAN TADIKA 2018


ALHAMDULILAH..

" Mana nak daftar anak ni ,abang?"
" Sekolah mana yang bagus ni, abang?"

Antara soalan-soalan yang diutarakan oleh seorang ibu kepada suaminya. Sebagai ibubapa sememangnya menjadi kewajipan untuk memberi pendidikan yang terbaik anak-anak.

Tetapi pendidikan yang berlandaskan apa?
Pendidikan yang bagaimana?
Atau kita hanya mengikut sahaja sistem pendidikan yg sekular?

Waalahualam..
tepuk dada tanya iman.
Tepuk dada tanya jiran.
tepuk dada tanya wang ringgit.

Membuat pilihan sgt sukar.Dikala itu mohon pertolongan dengan Allah.
Di Tadika Nur Budi insyaallah, kami akan berusaha mendidik anak-anak untuk menjadi baik dunia dan akhirat. Berlandaskan Al Quran dan Khalifah method disamping kurikulum selari dengan Kurikulum Sepadu Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Doakan yang baik2 buat anak-anak kita. Semoga Allah suka dalam usaha mendekatkan diri kepadaNya.
وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
(Ibrahim berdoa): "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh,
(Surah As Syuara: ayat 83)

Tuesday 1 August 2017

PENGANGKUTAN: Thank You Allah for Powerfull Brain


Bismillahiromanirrahim.
Bagaimana kita boleh sampai dari origin ke destinasi dalam jangka masa yang dekat?
Bagaimana bekalan makanan boleh sampai ke tempat yang kita mahu dengan mudah?

Semuanya dengan pengangkutan/kenderaan/logistik. 
Burung adalah kenderaan udara. Kuda dan unta adalah kenderaan darat. Allah menundukkan kenderaan berupa haiwan ini untuk hambanya menaiki. Baiknya Allah, bukan hanya dinaiki malah dimanfaatkan sebaik mungkin. Dari burung juga hasilnya boleh dimakan. MasyaAllah. Tambahan lagi Allah beri manusia dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran untuk mencipta sistem sokongan iaitu kenderaan menggunakan besi. Keretapi, kapal terbang, kereta, kapal selam semuanya menggunakan besi sebagai sandaran.
Di Tadika Nur Budi, cawangan Puchong Utama & Prima insyaallah kami menggunakan tema kenderaan di dalam bulan Mei. Ada pengangkutan darat, pengangkutan laut, pengangkutan udara dan pembahagian pengangkutan awam. Paling menyeronokkan pelajar2 boleh belajar tentang alat pengangkutan ini di luar kelas seperti menaiki LRT dan bas.
Alhamdulilah..semoga Allah suka dalam usaha mendidik anak kecil ini mendekatiNya. Semoga Allah suka. Semoga kita jadikan kita semua sebagai hamba yang sentiasa bersyukur. Thank You Allah...