Tuesday 14 November 2017

TRIP KE PETROSAINS



Alhamdulillah..Thank u Allah for this opportunity..

Tema: SAYA KHALIFAH YANG MENJAGA..

Trip ini di sertai oleh ibubapa, guru dan pelajar..total semua yang ikut adalah sekitar 60 orang. Alhamdulillah..Trip kali ini disertai oleh ibubapa.

Misinya adlah untuk menjadikan KHALIFAH2 KECIL DAN DEWASA untuk MENJAGA..
Bagi khalifah2 kecil, tugasannya adalah untuk menjaga:
1. JAGA MULUT: Jangan buat bising di dalam bas dan di Petrosains.
2. JAGA TANGAN: Memastikan tempat duduk di dalam bas adalah bersih daripada sampah.
3. JAGA SAHABAT: Memastikan sahabat2 nya sentiasa bersama2 sepanjang trip ini.

Bagi khalifah2 dewasa pula adalah untuk :
1. MenJAGA anak2 kecil supaya tidak hilang dari pandangan.
2. MenJAGA silaturrahim dengan ibubapa yg lain dan juga guru-guru
3. MenJAGA mulut supaya tidak bercakap buruk tentang orang lain.

Alhamdulillah..dengan membawa sesi TADABBUR SURAH AL: FILL membawa misi yang jelas. Iaitu bermula dari perjalanan di dalam bas sehingga sampai ke Petrosains. BAS umpama GAJAH di dalam Surah Al Fill. Dari sudut fizikal, BAS dan GAJAH mempunyai FIZIKAL yang BESAR. Cuma perbezaannya GAJAH tidak memerlukan minyak untuk bergerak. Maka dengan trip kami Petrosains benar2 memaknai kerana kami dapat melihat PELANTAR MINYAK di dalam Petrosains.

Menaiki GONDOLA juga mengingatkan kami kepada GAJAH.

Alhamdulillah...terima kasih kpd semua yang menjayakan program ini.