- Taklimat & Penyampaian Cek Skim Tunas
- Pameran dan pendaftaran Tadika Berdaftar Tunas Selangor.
- Pendaftaran Permohonan Skim Tunas 2016
TADIKA NUR BUDI menawarkan pendidikan pra-sekolah kepada kanak-kanak yang berumur di antara 4, 5 dan 6 tahun berlandaskan Al Quran. Tel: 016-2120753/016-2170753
Tuesday, 22 December 2015
HARI TERBUKA TADIKA & TUNAS SELANGOR 2015/2016
TADIKA NUR BUDI telah mengikuti siri jelajah Hari Terbuka Tadika & Tunas Selangor 2015/2016 pada 6 Disember 2015 yang lalu di Tapak Pasar Malam Seksyen 7 Shah Alam. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan:
Thursday, 12 November 2015
SAMBUTAN HARI TADIKA SELANGOR 2015 & GRADUASI CILIK PERDANA
Sambutan Hari Tadika Selangor 2015 berlangsung pada 1 November 2015 (Ahad) di Ideal Convention Centre (IDCC) bermula jam 8pagi sehingga 1 petang.
Majlis dirasmikan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali & YB Tuan Nik Nazmi, Pengerusi Jawatankuasa tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi & Inovasi Negeri Selangor.
Wednesday, 14 October 2015
JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER 2 TAHUN 2015
No. rujukan : TNB /15
Tarikh: 15.10.2015
Kepada:
Ibu bapa
PER: JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER SEMESTER 2
Merujuk perkara diatas, sukacita
dimaklumkan Tadika Nur Budi akan mengadakan peperiksaan semester 2 bermula pada
06/11/2015 (Jumaat). Jadual peperiksaan
semester 2 adalah seperti berikut:
4,5 & 6 TAHUN
Tarikh/masa
|
8.30-9.15
pagi
|
9.15-9.45pagi
|
9.45-10.30
pagi
|
06/11/2015
Jumaat
|
Penghayatan Doa
|
Rehat
|
Tilawah
|
09/11/2015
Isnin
|
Bahasa Malaysia (Cahayaku)-(bacaan) & (penulisan)
|
Rehat
|
Matematik
|
10/11/2015
Selasa
|
Seni Kreatif
|
Rehat
|
Fardhu Ain
|
11/11/2015
Rabu
|
English
|
Rehat
|
Bahasa Arab
|
12/11/2015
Khamis
|
Asas sains
|
Rehat
|
Asas Jawi
|
Selamat
maju jaya dalam menduduki semester 2 ini.
Sekian, terima kasih.
Puan Nora Sufian
Pengurus Tadika Nur Budi
Tel: 016-212 0753/ 016-217
0753
Monday, 5 October 2015
MOTIVASI BERSAMA YBHG USTAZAH ISFADIAH DASUKI & HI TEA SKIM TUNAS SELANGOR
Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Di samping itu, perkembangan ilmu memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan ekonomi dan pembangunan modal insan dapat berkembang dengan seiiringnya. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) dengan Kerjasama Rantaian Mesra Sdn Bhd mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Siri Jelajah Hari Terbuka Tunas Selangor 2015/2016. Pelbagai aktiviti yang dijalankan kepada masyarakat di seluruh negeri Selangor dalam memupuk semangat cintakan ilmu.
Thursday, 1 October 2015
SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS) e-tunas.org
TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor merupakan manafaat untuk anak-anak yang dihantar ke TADIKA di Negeri Selangor yang terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat kelayakan. Manafaat ini berupa yuran sebanyak RM 50 ringgit setiap bulan yang disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor.
Syarat Kelayakn Memohon:
1. Warganegara Malaysia; DAN
Sama ada:
Walaubagaimanapun, permohonan bagi pendapatan RM 2500 ke atas akan dipertimbangkan berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
3. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
4. Menghantar anak-anak ke TADIKA yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor.
SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR ini di uruskan oleh:
Rantaian Mesra Sdn Bhd
Aras G, Bangunan Darul Ehsan
No 3, Jln Indah, Seksyen 14,
40503 Shah Alam
Tel: 03-55103468/03-55103472
www.rmsb.my
FB: Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
Syarat Kelayakn Memohon:
1. Warganegara Malaysia; DAN
Sama ada:
- Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
- Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor yang berumur 5 dan 6 tahun SAHAJA.
- Ibu dan bapa yang sudah bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (memerlukan pengesahan taraf mastautin di kawasan tempat tinggal).
Walaubagaimanapun, permohonan bagi pendapatan RM 2500 ke atas akan dipertimbangkan berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
3. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
4. Menghantar anak-anak ke TADIKA yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor.
SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR ini di uruskan oleh:
Rantaian Mesra Sdn Bhd
Aras G, Bangunan Darul Ehsan
No 3, Jln Indah, Seksyen 14,
40503 Shah Alam
Tel: 03-55103468/03-55103472
www.rmsb.my
FB: Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
Monday, 7 September 2015
TADIKA BERDAFTAR DENGAN KPM
TADIKA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA perlu akur kepada peraturan berikut:
1. Kemudahan kelengkapan yang disediakan adalah sesuai dan mencukupi untuk semua kursus yang ditawarkan.
2. Pihak tadika hendaklang mengadakan guru dan tenaga pengajar yang berkelulusan sesuai dengan kurikulum yang ditawarkan oleh tadika.
3. Lembaga pengurusan tadika hendaklah memastikan tentang wujudnya pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan bertanggungjawab.
Friday, 28 August 2015
Tuesday, 28 July 2015
PENDAFTARAN 2016 DI BUKA
Di TADIKA NUR BUDI:
- Menggunakan KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) selari dengan pembelajaran KBSR di sekolah rendah.
- GURU yang berpengalaman lebih 10 TAHUN dan telah mengikuti KSPK.
- Berdaftar dengan JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR (JPS).
- Menggunakan teknik cepat baca " CAHAYAKU"
Sunday, 12 July 2015
Monday, 22 June 2015
JUN 2015 BIRTHDAY CELEBRATION
BIRTHDAY CELEBRATION..
Ada kanak-kanak yang sukar nak ke sekolah terutama di prasekolah/tadika. Bermacam umpan yang digunkan untuk memastikan kanak2 ke sekolah. Salah satu teknik yang boleh digunakan oleh penjaga adalah memujuk kanak2 dengan berkata " Di sekolah nanti nak sambut birthday" . Kanak-kanak memang suka dengan celebration atau outdoor activity. Cubalah beritahu mereka yang " cepat siap, kita nak pi kenduri/ balik kampung".. Dengan pantas mereka akan bersiap2 dan bertanya dengan teruja pelbagai soalan tentang aktiviti tersebut.
www.nurbudi.edu.my
Fb: Tadika NUR BUDI
Thursday, 4 June 2015
KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) di ANCASA RESIDENCE, PD 3-7 JUN 2015
MATLAMAT:
PRINSIP
1. Perkembangan holistik
2. Pembelajaran yang bermakna
3. Pembelajaran yang menyeronokkan
4. Kemahiran asas untuk pembelajaran seumur hidup.
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yg menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
PRINSIP
1. Perkembangan holistik
2. Pembelajaran yang bermakna
3. Pembelajaran yang menyeronokkan
4. Kemahiran asas untuk pembelajaran seumur hidup.
Sunday, 24 May 2015
BENGKEL MELATIH PENCERAMAH BAGI MEMBANTERAS JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG TERUTAMA KANAK-KANAK
PEMERDAGANGAN KANAK-KANAK
1. Buruh kanak-kanak paksa/ perhambaan
Kanak-kanak kecil sering direkrut dan diperhambakan sebagai pemecah batu, penenun permaidani dan sebagai joki unta. Biasanya kanak-kanak yang di dalam keadaan buruh paksa berisiko tinggi untuk mengalami eksploitasi seksual.
2. Kanak-kanak yang dijual untuk dijadikan anak angkat
3. Kanak-kanak yang diculik untuk pornografi
4. Kanak-kanak yang dijual untuk meminta sedekah
Kanak-kanak jalanan sering boleh diperhambakan dan dipaksa untuk melakukan kerja yang hina dan berbahaya seperti memungut sampah.
Monday, 4 May 2015
PEPERIKSAAN SEMESTER 1 TADIKA NUR BUDI
Tarikh:
05.5.2015
Kepada:
Ibu bapa
PER: JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER SEMESTER 1
Merujuk perkara diatas, sukacita
dimaklumkan Tadika Nur Budi akan mengadakan peperiksaan semester 1 bermula pada
22/05/2015 (Jumaat). Jadual peperiksaan
semester 1 adalah seperti berikut:
Tarikh/masa
|
8.30-9.15
pagi
|
9.15-9.45pagi
|
9.45-10.30
pagi
|
22/05/2015
Jumaat
|
Penghayatan Doa
|
Rehat
|
Tilawah
|
25/05/2015
Isnin
|
Bahasa Malaysia (Cahayaku)-(bacaan) & (penulisan)
|
Rehat
|
Matematik
|
26/05/2015
Selasa
|
Seni Kreatif
|
Rehat
|
Fardhu Ain
|
27/05/2015
Rabu
|
English
|
Rehat
|
Bahasa Arab
|
28/05/2015
Khamis
|
Asas sains
|
Rehat
|
Asas Jawi
|
HARI SUKAN TADIKA & TASKA NUR BUDI 2015
HARI SUKAN TADIKA & TASKA NUR BUDI 2015
Tarikh: 26.04.2015 (Ahad)
Masa : 9-12tghari
Tempat : KSL Sport Futsal court, Puchong Utama
Salam,
Hari Sukan Tadika & Taska Nur Budi diserikan dengan penampilan istimewa maskot dari Si Tunas. Majlis diteruskan dengan persembahan pelajar Tadika Nur Budi (lagu negaraku, Negeri Selangor, Gemuruh dan tarian Korea).
Bacaan doa dibacakan oleh En Hazhari. Antara acara sukan pada hari tersebut ialah:
1) Pelajar tadika- Boling padang & Membawa bola dlm gelung
2) Pelajar taska - Ayah memakai lampin pada bayi, Mengenal warna bagi kanak2 toddler dan Ikat kaki bersama ibu dan lari bersama bagi kanak2 transit.
3) Acara terbuka- Meniup belon sampai pecah dan lompat kanggaru.
4) Game: Meneka bilangan kulit kerang
5) Cabutan bertuah
Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pn Nora, Pengetua Tadika Nur Budi. Majlis berakhir dengan acara perasmian penutup oleh Adun Seri Serdang, Puan hajah Noor Hanim Bt Ismail.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dari segi penyediaan tempat, kerusi, makanan, hadiah . Insyaallah ada rezki kita jumpa lagi tahun 2016.
Wednesday, 22 April 2015
JEMPUTAN KE HARI SUKAN TASKA & TADIKA NUR BUDI 2015
Rujukan
kami : TNB 04/15
Tarikh:
19 April 2015
Assalamualaikum
w.b.t
PER : SURAT JEMPUTAN KE HARI SUKAN TASKA &
TADIKA NUR BUDI 2015
Merujuk
kepada perkara diatas, dengan hormatnya kami ingin menjemput semua ibu bapa ke
temasya Hari Sukan TASKA & TADIKA NUR BUDI 2015 pada ketetapan berikut :
Tarikh
: 26 April 2015 ( Ahad)
Masa
: 8.30 pagi – 12 tghari
Tempat
; KSL Sport Badminton & Futsal
Taman
Puchong Utama
2.
Pada hari tersebut, semua kanak-kanak TASKA & TADIKA NUR BUDI memakai
pakaian & berkasut sukan dengan lengkap.
3. Majlis akan diserikan dengan penampilan istimewa maskot dari Si Tunas dan perasmian penutup oleh:
YB Hajah Puan Noor
Hanim Binti ismail
Adun Dewan undangan
nageri Seri Serdang N29,
3.
Kami berharap semua ibu bapa dapat menghadirkan diri bagi memberi sokongan
kepada kanak-kanak di dalam bidang sukan.
“ ANAK ANDA KEUTAMAAN KAMI”
Sekian,
terima kasih.
NORA
--------------------------
Pn Nora Sufian
Pengurus TASKA & TADIKA NUR BUDI
Sunday, 5 April 2015
CIKGU PERLU LEBIH KREATIF UNTUK MENAMBAT HATI PELAJAR
Walaupun baru berusia seawal 4 tahun, kanak2 sekarang sudah pandai menunjukkan reaksi tekanan. Dengan waktu pembelajaran yang agak padat bermula dari jam 8 pagi dan berakhir jam 11 pagi, kanak2 perlu memberi sepenuh perhatian serta tumpuan di dalam kelas. Waktu rehat selama 15 minit juga sangat membantu bagi mengurangkan tekanan. Apabila perasaan tekanan timbul, mereka akan cepat hilang fokus dan sabar. Ada yang menjerit dan ada juga yang menangis untuk meluahkan perasaan mereka. Cikgu perlu lebih kreatif dan peka dengan wajah dan reaksi kanak2. Dengan membawa mereka keluar kelas dan jalan2 mencari makan juga dapat menghiburkan hati mereka. Di luar kelas juga ada sesi pembelajaran yang boleh dilakukan. Semuanya terpulang kepada pendidik..harus lebih KREATIF.
Friday, 3 April 2015
Monday, 16 March 2015
TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SMPK)
Satu taklimat mengenai SMPK telah diadakan pada:
Tarikh : 17 Mac 2015
Masa: 8.30pagi
Tempat: SK SRI UCSI, Jalan SS 13/4, Subang jaya Selangor
Pengusaha tadika perlu membawa:
1. Senarai nama guru dan pekerja ( Nama, No K/P, kelayakan & permit mengajar)
2. Senarai Murid ( Nama, No MyKid)
3. Laptop dan broadband
Taklimat disampaikan oleh:
1. Pn Azah Abdul Hadi (Petaling Perdana)
2. En Haris (Peataling Utama)
Monday, 9 March 2015
OUTING KE TESCO BUKIT PUCHONG 06 MAC 2015
Bilangan kanak2 yang menyertai : 23 orang
Bilangan guru : 6 orang
Masa: 10 pagi ( 06 mac 2015)
Tempat : TESCO bukit Puchong
Objektif:
1. Memberi peluang kepada kanak2 meneroka dan merasai urusan jual beli di pasaraya.
2. Kanak2 memegang amanah dan jujur dengan duit belanja yang diberi oleh ibu bapa.
Sunday, 1 March 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)