Thursday 1 October 2015

SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS) e-tunas.org

TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor merupakan manafaat untuk anak-anak yang dihantar ke TADIKA di Negeri Selangor yang terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat kelayakan. Manafaat ini berupa yuran sebanyak RM 50 ringgit setiap bulan yang disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor.

Syarat Kelayakn Memohon:
1. Warganegara Malaysia; DAN
Sama ada:
  • Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
  • Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor yang berumur 5 dan 6 tahun SAHAJA.
  • Ibu dan bapa yang sudah bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (memerlukan pengesahan taraf mastautin di kawasan tempat tinggal).
2. Pendapatan seisi rumah mestilah RM 2500 ke bawah.
Walaubagaimanapun, permohonan bagi pendapatan RM 2500 ke atas akan dipertimbangkan berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

3. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.

4. Menghantar anak-anak ke TADIKA yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor.

SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR ini di uruskan oleh:
Rantaian Mesra Sdn Bhd
Aras G, Bangunan Darul Ehsan
No 3, Jln Indah, Seksyen 14,
40503 Shah Alam
Tel: 03-55103468/03-55103472
www.rmsb.my
FB: Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

No comments:

Post a Comment