Wednesday 14 October 2015

JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER 2 TAHUN 2015




No. rujukan : TNB  /15
Tarikh: 15.10.2015

Kepada: Ibu bapa

PER: JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER SEMESTER 2
Merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan Tadika Nur Budi akan mengadakan peperiksaan semester 2 bermula pada 06/11/2015 (Jumaat).  Jadual peperiksaan semester 2 adalah seperti berikut:

4,5 & 6 TAHUN
Tarikh/masa
8.30-9.15 pagi
9.15-9.45pagi
9.45-10.30 pagi
06/11/2015
Jumaat
Penghayatan Doa
Rehat
Tilawah
09/11/2015
Isnin
Bahasa Malaysia (Cahayaku)-(bacaan) & (penulisan)
Rehat
Matematik
10/11/2015
Selasa
Seni Kreatif
Rehat
Fardhu Ain
11/11/2015
Rabu
English
Rehat
Bahasa Arab
12/11/2015
Khamis
Asas sains
Rehat
Asas Jawi
Selamat maju jaya dalam menduduki semester 2 ini.

Sekian, terima kasih.

Puan Nora Sufian
Pengurus Tadika Nur Budi

Tel: 016-212 0753/ 016-217 0753

Monday 5 October 2015

MOTIVASI BERSAMA YBHG USTAZAH ISFADIAH DASUKI & HI TEA SKIM TUNAS SELANGOR




Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Di samping itu, perkembangan ilmu memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan ekonomi dan pembangunan modal insan dapat berkembang dengan seiiringnya. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) dengan Kerjasama Rantaian Mesra Sdn Bhd mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Siri Jelajah Hari Terbuka Tunas Selangor 2015/2016. Pelbagai aktiviti yang dijalankan kepada masyarakat di seluruh negeri Selangor dalam memupuk semangat cintakan ilmu.

Thursday 1 October 2015

SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS) e-tunas.org

TUNAS atau Skim Bantuan Tadika Selangor merupakan manafaat untuk anak-anak yang dihantar ke TADIKA di Negeri Selangor yang terdiri dari golongan yang berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat kelayakan. Manafaat ini berupa yuran sebanyak RM 50 ringgit setiap bulan yang disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor.

Syarat Kelayakn Memohon:
1. Warganegara Malaysia; DAN
Sama ada:
  • Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor.
  • Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor yang berumur 5 dan 6 tahun SAHAJA.
  • Ibu dan bapa yang sudah bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (memerlukan pengesahan taraf mastautin di kawasan tempat tinggal).
2. Pendapatan seisi rumah mestilah RM 2500 ke bawah.
Walaubagaimanapun, permohonan bagi pendapatan RM 2500 ke atas akan dipertimbangkan berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

3. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.

4. Menghantar anak-anak ke TADIKA yang berdaftar dengan Skim Tunas Selangor.

SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR ini di uruskan oleh:
Rantaian Mesra Sdn Bhd
Aras G, Bangunan Darul Ehsan
No 3, Jln Indah, Seksyen 14,
40503 Shah Alam
Tel: 03-55103468/03-55103472
www.rmsb.my
FB: Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)